www.facebook.com/sketma13upsi/ sketma13upsi@gmail.com Office Num.: +6015-4879 7307 / 7354 / 7306 / 7378

                                                                              

SKETMA 13

SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL KE-13

(SKETMA 13)

DEWAN KONVENSYEN, BANGUNAN E-LEARNING

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

 

PENGENALAN

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penolong Pegawai Sains Universiti Awam Malaysia (MGPPPSUAM). SKETMA telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 di Universiti Putra Malaysia dan seterusnya telah dianjurkan secara bergilir oleh beberapa Universiti Awam yang lain di Malaysia. SKETMA merupakan landasan bagi pegawai kumpulan pelaksana yang terdiri daripada kakitangan makmal IPTA, agensi kerajaan dan swasta untuk berkongsi maklumat, kepakaran dan mengeratkan jaringan kerjasama dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan. Seminar ini dibuka kepada kakitangan makmal, penyelidik, pensyarah pegawai sains dan lain-lain pegawai dari IPTA, IPTS dan agensi luar yang berkaitan. Peserta akan membentangkan kertas kerja berdasarkan skop tema yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.

 

OBJEKTIF

  • Menyediakan landasan untuk perkongsian maklumat, kepakaran, dan pengalaman dengan pembentangan kertas kerja dalam bidang teknologi makmal.
  • Mempertingkatkan tahap profesionalisma kerjaya pegawai makmal.
  • Menjalinkan hubungan kepakaran, memupuk kerjasama dan bertukar pengalaman mengenai teknologi makmal di kalangan pusat pengajian tinggi di Malaysia.
  • menyerlahkan potensi diri, kepakaran dan pengalaman pegawai yang bertugas di makmal serta membina satu golongan yang mahir dalam teknologi makmal.    
  • Memperkasakan pengetahuan di dalam teknologi makmal yang terkini.    

 

BIDANG PERBINCANGAN 

Jemputan bagi pembentangan kertas kerja lisan dan poster dalam bidang:

  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Pendidikan Sains 
  • Teknologi / Keselamatan Makmal

PESERTA

Terbuka kepada semua kakitangan makmal  universiti tempatan terutamanya dari Universiti Awam, IPTA dan IPTS serta agensi-agensi penyelidikan yang lain seperti SIRIM, MARDI, Agensi Nuklear Malaysia dan lain-lain.

OUR SPONSOR